Saturday 11 June 2011

KEJOHANAN ANTARABANGSA

Piala Dunia FIFA
Fifa world cup org.jpg
Ditubuhkan1930
BenuaAntarabangsa (FIFA)
Jumlah pasukan32 (akhir)
204 (kelayakan bagi 2010)
Juara semasa Sepanyol (gelaran pertama)
Laman webhttp://www.fifa.com/worldcup


Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.
Piala Dunia FIFA (selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1]
Sepanjang 19 kejohahnan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Itali dengan empat kejuaraan; Jerman dengan tiga; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua setiap satu; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.
Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Brazil pada tahun 2014.

TAKTIK DAN STRATEGI

Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
  • pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
  • pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
  • penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

CARA PERMAINAN

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

SEJARAH PENGENALAN BOLA SEPAK

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi
Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke
stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh
Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada
peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

LUIS SUAREZ


Personal information
Full nameLuis Alberto Suárez Díaz
Date of birth24 January 1987 (1987-01-24)
Place of birthSalto, Uruguay
Height1.81 m (5 ft 11 in)
Playing positionStriker
Club information
Current clubLiverpool
Number7
Youth career
2003–2005Nacional
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
2005–2006Nacional35(12)
2006–2007FC Groningen37(15)
2007–2011Ajax110(81)
2011–Liverpool13(4)
National team
2007Uruguay U204(2)

LIONEL MESSI



Personal information
Full nameLionel Andrés Messi
Date of birth24 June 1987 (1987-06-24) (age 23)
Place of birthRosario, Argentina
Height1.69 m
Playing positionForward / Winger
Club information
Current clubBarcelona
Number10
Youth career
1995–2000Newell's Old Boys
2000–2004Barcelona
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
2004–2005Barcelona B22(6)
2004–Barcelona177(119)
National team
2005Argentina U207(6)
2008Argentina U235(2)
2005–Argentina55(16)
 

CRISTIANO RONALDO



Ronaldo playing for Real Madrid
Personal Infomation
Full nameCristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Date of birth5 February 1985 (1985-02-05) (age 26)
Place of birthFunchal, Madeira, Portugal
Height1.86 m
Playing positionRight winger/Striker
Club information
Current clubReal Madrid
Number7
Youth career
1993–1995Andorinha
1995–1997Nacional
1997–2001Sporting CP
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
2001–2003Sporting CP25(3)
2003–2009Manchester United196(84)
2009–Real Madrid63(66)
National team
2001–2002Portugal U179(6)
2003Portugal U205(1)
2002–2003Portugal U216(3)
2004Portugal U233(1)
2003–Portugal81(26)

Friday 10 June 2011

FERNANDO TORRES


NAMA PENUH : FERNANDO JOSE TORRES SANZ
NAMA PENDEK : TORRES
NAMA PANGGILAN : EL NINO ( THE KIDS IN SPANISH )
TARIKH LAHIR : 20 MAC 1984
NEGARA : SEPANYOL
TEMPAT LAHIR : FUENLABRADA,SEPANYOL
KETINGGIAN : 1.83M
POSISI : PENYERANG
NO. JERSI : 9
KELAB : CHELSEA
KELAB LAMA : ATLETICO MADRID (2001-2007)
                             LIVERPOOL (2007-2011)