Saturday, 11 June 2011

KEJOHANAN ANTARABANGSA

Piala Dunia FIFA
Fifa world cup org.jpg
Ditubuhkan1930
BenuaAntarabangsa (FIFA)
Jumlah pasukan32 (akhir)
204 (kelayakan bagi 2010)
Juara semasa Sepanyol (gelaran pertama)
Laman webhttp://www.fifa.com/worldcup


Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.
Piala Dunia FIFA (selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1]
Sepanjang 19 kejohahnan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Itali dengan empat kejuaraan; Jerman dengan tiga; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua setiap satu; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.
Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Brazil pada tahun 2014.

No comments:

Post a Comment